I made this widget at MyFlashFetish.com.

LOGO SEKOLAH

  •      Jata STARP mempunyai lima warna asas iaitu kuning, hijau, biru, merah dan putih. STARP ialah singkatan nama Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, iaitu mengambil sempena nama perdana menteri Malaysia yang pertama.
  •     Warna kuning dan hijau ialah warna sekolah.  Merah tua dan biru ialah warna Negeri Johor.  Ini menunjukkan sekolah ini terletak di negeri Johor.
  •   Garisan ‘zig-zag’ ialah gelombang radio . Ia melambangkan bahawa sekolah ini sentiasa mengikuti arus kemajuan sains dan teknologi.
  •   Roda bergigi menunjukkan generasi yang lahir dari sekolah ini dapat menyumbangkan bakti ke arah pembangunan teknologi negara.
  •    Buku yang terbuka menunjukkan semua matapelajaran atau pendidikan akademik terdapat di sekolah ini.
  •   Tiga gelung berangkai melambangkan wujudnya aktiviti-aktitviti sukan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang sihat lagi dedikasi.
  •   Bulatan bergigi-gigi, di dalamnya tersusun rapi tujuh bentuk segitiga melambangkan sekolah ini telah menanamkan asas kebudayaan pada pelajar-pelajar dan melahirkan generasi yang mempunyai sikap positif serta mendukung dan mendaulatkan kebudayaan nasional.
  •       Slogan atau cogankata ‘Usaha, Jaya dan Bakti’ menegaskan setiap guru sekolah ini sentiasa berdisplin dan bersedia bertugas mendidik pelajar-pelajar menabur jasa pada sebilang waktu.